Kata-kata dari seseorang dan buat aku terfikir, Ya Allah banyak dosa aku padaMu, n honestly, buat aku menangis almost saban hari. Puas aku kesana kesini mencari ketenangan hati, aku cuba berdoa pada Nya, mungkinkah Allah terima taubat aku?
Kata seorang sahabat, mungkin Allah jentikkan hati seseorang untuk menegur kita demi merubah kita kepada kebaikan, Alhamdulillah.
Ada sahabat yang mempertikai, bagi pendapat dan sebagainya, sungguh aku rasa berdosa dan malu.
Hanya seorang yang buat aku tenang, mak. Mak yg banyak bagi semangat,kalau mak ada sebelah ni nak je peluk2, thanx mak! :)
Aku mungkin tak sebaik mana tapi bila ada peluang untuk jadi baik insyaAllah aku mahu, aku yakin yang lain2 juga begitu, semua mahu syurga, aku pun nak syurga, kata ustazah, kata mak, kata abah syurga itu indah dan terbaca seorang kawan yg paling baik bercerita psl syurga dekat
blog dia,
Ya Allah kalau kawan aku yg lebih baik itu pun merasakan syurga jauh darinya, habis aku ni? Ya Allah jadikan aku obses pd syurgaMu, Amin.
|
Ya Allah, jadikan aku obses pada syurga Mu, Amin. |