Followers

Wednesday, March 13, 2013

aku dgr mereka bercerita
tentang seorang mualaf di dlm kelas kami
masih muda, dari kami yg dah nak grad ni
chinese, wajahnya putih bersih.
suaranya lembut sopan
lain-lain aku tdk tahu kerana dia lindungkannya dgn baik
auratnya trjaga lebih drbaku yg sedia islam dari lahir ni.
kata mereka org yg baru peluk islam ni seolah2 spt bayi yg br lahir
suci dr dosa.
cemburunya!
alangkah best kalau aku pun begitu
nak menyapa adik ni,
nk mendengar cerita saudara baru
tapi malu,segan
nampak tak disitu?
nk tuntut ilmu pun byk alasan

Sunday, March 10, 2013

Pokok

Pokok rendang,
Semakin byk dahan dan ranting berpaut.
Berat.
tapi pokok itu harus kuat.
Jangan rebah.
Mungkin ada dahan yang patah.
Tak sudi lagi berpaut bersama mencari matahari.
Tapi pokok itu harus masih kukuh teguh.
Sebab ada dahan lain yang masih berpaut.
Andai pokok itu rebah, patah, beribu daun layu, beratu-ratus ranting hancur, berpuluh dahan reput.
Habis,sebatang riwayat pokok.
Hanya sepohon mana mungkin merosak ekologi.
Jadi tak ada yang peduli.
Sudah nasib sebatang pokok teguh berdiri tapi tak ada yang peduli.