Aku percaya pada janji Allah :
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Tapi sebagai hamba yang juga manusia
Aku mahu yang baik tapi aku tak berusaha untuk menjadi baik.
Aku mahu yang boleh menjadi imam pada aku seorang muslimah tapi aku? pernah tak berusaha untuk menjadi imam yang baik even untuk diri sendiri?
Aku mahu yang segak, bila tengok sekali saja cerah betul mata memandang tapi aku ni? sopan pon tak dak. isk2.
Aku tak mahu yang jahat sebab aku rasa aku x adalah jahat sgt
Aku tak mahu yang tak sembahyang sebab aku rasa aku sembahyang juga walau bukan di awal waktu
Aku tak mahu yang tak senonoh sgt, yang tak tutup aurat semua sebab aku rasa aku ni walau tak bertudung labuh, tak pakai handsock, tak berstokin tutup semua tapi masih lagi menutup aurat
Owh selfish betul aku sebagai manusia dan hambanya. Kata percaya pada janji Allah tapi kenapa nak mempersoalkan satu perkara yang kata kononya percaya?
Ada satu ceramah yang aku dengar, kata ustaz tu:
" kalau nak jodoh yang baik, cuba jadi dulu yang baik itu baru dapat jodoh yang baik. " (lebih kurang lah ayatnya)
Tapi sebagai manusia. memang nak yang baik saja kan. i don't put the blame on anybody. The one that should be blame is me. Tak pernah nak berubah.
I might sounds sellfish. Sellfish sgt2. I am sorry.
Again this entry bukan nak shoot sesiapa kecuali diri penulis sendiri.
No comments:
Post a Comment