Followers

Sunday, July 8, 2012

Sahabat- Affiffi Emara Abdullah

Pagi ahad, aku dikejutkan dgn 2 panggilan telefon, satu dari Afif (sahabat arwah) jam 3.40pg dan satu lagi dari Fathiah 5.40 pg. Aku angkat panggilan Fathiah.
Fathiah : Nad, Emara dah tak ada. (sambil menangis)
Nad : Hmm?? (masih lagi mamai)
Fathiah: Emara dah tak ada, dia meninggal accident.
Nad: Innalillahiwainnailaihirajiun.Kat mana accident?
Fathiah : Jln Cameron Highland.
panggilan ditamatkan tapi aku masih lagi separa sedar, dan bila membaca mesej dari Anis, baru aku tersedar hakikat sebenar dan menangis mengenangkan perbualan aku dengan arwah Khamis minggu lepas. Kami sepatutnya jumpa Ahad malam untuk berbincang psl details projek, kami dlm satu group untuk TTP.

Honestly aku cakap, aku seakan lumpuh sekejap, rasa mcm hilang arah, arwah satu group dgn aku, dia sgt baik, kitorg 3 perempuan 1 lelaki, arwah boleh dikatakan tulang belakang kumpulan ni, yg selalu tenagkan kitorg bila kitorg gelabah, selalu memperingati kalau kitorang terlupa, nama group Athena tu idea arwah, idea Blood Donations tu bersama2 dgn arwah...semasa dpt berita tu aku dekat rumah, dan sepanjang aku ada dekat rumah n perjalanan ke UTP aku berfikir apa yang aku kena buat? sampai skrg aku masih lagi berfikir apa yg seharusnya aku buat? Selalunya kitorg akan duduk bincang ramai2 dan he will comes up wif a good suggestions.
Aku kenal arwah dari foundation sampailah sekarang final year, and aku tak pernah nampak arwah marah, kalau bengang ke apa, dia akan selalu diam atau kerut dahi dan kemudian senyum or gelak, arwah memang org yg soft-hearted, selalu ja senyum, kalau ada org usik dia, kenakan dia, arwah akan gelak2 je, tak adanya nak bls balik aku paling ingt, pernah sekali lepak dgn dia and the rest of the team BH dkt Ameeth, arwah order telur separuh masak n dia x kan makan selagi Hazim tak bukakan untuk dia. Comelje rasa masa tu. Arwah memang suka buat org happy, kalau pon bkn slh dia kdg2 dia akan minta maaf juga. Rasa mcm baru smlm ja g melawat dia dkt hospital ms dia operation appendix tu which is 3 years back. Banyak sgt kenangan dgn arwah yg sampai skrg kalau aku bc je cerita psl accident tu aku masih sebak.

Affiffi Emara Abdullah,
semoga roh kau tenang di sana, ditempatkan dikalangan orang2 beriman,
tiada lagi senyum, supports yg kau selalu bagi tapi kenangan dengan kau akan aku ingt selalu,
tak dapat lagi lepak seperti selalu,
kau mmg sahabat sejati,
insyaAllah kitorang akan buat yg terbaek utk TTP semoga pengorbanan dan perjuangan mu tak sia-sia sahabat.
hanya doa yg dapat aku bagi untuk bekalan kau disana, semoga sampai syurga,
semoga kita dapat berjumpa lagi dikehidupan sana.insyaAllah.


2 comments:

  1. He's really good man that I ever knew. Sabar yee nad. Smoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg biman. Amin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah skrg kitorg nye group dah ok...dpt trima dah... :) apa2 pon life must go on

    ReplyDelete